SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

like page kami di http://www.facebook.com/EitasHomemadeChocolate


Sunday 9 February 2014

Kebaikan dan kelebihan COKLAT

Ermmmm pg ni belek2 file khursus... Pastu jmpe 1 buku yg bercerita tntg KELEBIHAN DAN KEBAIKAN COKLAT...
Mmg dr awal da tahu byk kebaikan coklat ni... Tp xsangka lah sebenarnya coklat ni ade lebih byk lg kebaikannya...
Byk jgk fakta tntg coklat dlm buku ni... Mmg xdinafikan ramai yg beranggapan coklat boleh menggemukkan..kencing manis..rosak gigi suhu badan naik n macam2 lagi... Tp sebenarnya semua anggapan ni salah taw...

Jom baca...

Sebenarnya

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari. 

Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. 
 
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan. 


Haaaa kalau korang perasan owang putih selalu cairkan coklat n bg anak2 dorang maka kan... Sbb coklat ni membantu meningkatkan daya ingatan... Aku mmg dr kecik ng Harraz rutin coklat ni... Tambah lak ngn supplement coklat minda. Alhamdulillah... Mmg nmpak perbezaan dr segi mental akal n ingatan dye... Jajan gula2 air bikarbonat mmg DIHARAMKAN utk Harraz... Kita mencuba sesuatu yg baik... Usaha yg baik... Selebihnya serahkan pd Allah... :)

Bwh ni ade huraian sikit pasal kelebihan coklat:


1. Makanan lengkap dan seimbang

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan  100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

2. Benteng kerosakan gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3. Bukan penyebab kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

4. Baik untuk jantung

Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksidaflavanoids yang dapat mengurangkan risikoadrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mgpolifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5. Mengawal tekanan darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.

6. Mengawal kencing manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7. Menghalang jerawat dan parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.

8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.


9. Baik untuk kulit

Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Ok??

Faham x??

Aku stop sini dulu... Nanti ade mase aku baca n kongsi lagi ye... Agak tebal juga buku ni... Jenuh nak baca hehehhe

Ni aku dpt dr google: